BAKUL REZEKI KALI INI LEBIH BERMAKNA
(Ditulis Oleh : Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff)
Politeknik Melaka, 10 April 2023 - Di penghujung Ramadhan yang begitu bermakna ini, kami dari pasukan _Bakul Rezeki 2023_ ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang telah menyumbang tenaga mahupun wang ringgit demi kejayaan program. Program kali ke 3 ini telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 5100, sekali gus dapat dijadikan 51 unit Bakul Rezeki.
Pengagihan telah dijalankan bermula dari 3 sehingga 7 April 2023 di semua lokasi penginapan pelajar. Ianya telah dilaksanakan oleh 4 Jabatan induk Politeknik Melaka. Kerjasama pihak Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (JHEPP) melalui penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam proses pengagihan amat dihargai. Program agihan kali ini lebih unik kerana ianya melibatkan semua pelajar tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bangsa selaras dengan konsep masyarakat Madani. Program Bakul Rezeki 2023 kali ini juga mendapat tajaan 50 unit barangan makanan kering dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka. Tidak ketinggalan juga, ianya mendapat sokongan daripada Alumni Politeknik Melaka bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Justeru, diharapkan pada tahun berikutnya, program seumpama ini dapat dikekalkan agar ukhwah warga Politeknik Melaka dapat dieratkan dengan lebih baik.