Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Selasa 11 April 2023 - Program MPP Menyantuni Pelajar Asnaf yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) & Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berjaya dilaksanakan di Souq Majjani, MAIM, Bukit Baru. Seramai 10 orang dari kalangan MPP telah mengikuti program ini.

Souq Majjani merupakan sebuah Pusat Sumbangan Barangan untuk Asnaf dan juga Pasar Pakaian Percuma yang terletak di Bukit Baru. Pusat ini juga terdapat pelbagai jenis pakaian dan kelengkapan diri mengikut kategori usia. Waktu operasi adalah setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Program ini dilaksanakan selaras dengan objektif bagi menyantuni para pelajar dalam memilih sendiri pakaian yang mereka sukai & sentiasa menyemai sifat syukur di kalangan pelajar. Di samping itu, program ini juga dapat memberi impak terhadap jalinan hubungan kerjasama antara Politeknik Melaka (PMK) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Moga program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan menyantuni lebih ramai pelajar asnaf PMK.

 

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas