PROGRAM KOMUNITI PENYEDIAAN DATA PROFIL PENDUDUK TAMAN PAHLAWAN, SUNGAI UDANG BERSAMA JABATAN PERDAGANGAN
SUNGAI UDANG, 8 APRIL 2023 (SABTU) – Program Komuniti Penyediaan Data Profil Penduduk Taman Pahlawan, Sungai Udang telah dilaksanakan di Balairaya Taman Pahlawan. Program ini melibatkan kerjasama ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Pahlawan (PPTP) Sungai Udang, Melaka bersama 10 orang Pensyarah Jabatan Perdagangan (JP) dan Sukarelawan daripadaCommerce Department Society (CODES) Politeknik Melaka. Program ini adalah baharu dalam kalangan warga Politeknik Melaka bagi menerangkan tentang inovasi sosial sebagai salah satu penyelesaian yang baharu terhadap satu masalah sosial yang lebih berkesan, cekap, mampan, khususnya kepada komuniti PPTP. Program ini bertujuan untuk membantu jawatankuasa PPTP meningkatkan kefahaman keperluan pengurusan maklumat profil penduduk dengan lebih sistematik.
Program seperti ini dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan warga Politeknik Melaka dengan memberi peluang kepada staf dan pelajar Jabatan Perdagangan untuk berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ketahap yang lebih optimum. Selain daripada itu, program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kerja-kerja inovasi sosial yang boleh mereka sumbangkan sebagai seorang ahli dalam masyarakat. Program ini juga dapat memberi ruang kepada komuniti mengenali Politeknik Melaka secara tidak langsung.
Antara pengisian program yang dilaksanakan tempoh hari ialah membantu jawatankuasa PPTP Sungai Udang, Melaka menyediakan data profil komuniti dan membantu membuat penyusunan data profil komuniti bagi tujuan kelestarian dokumentasi.
Sesungguhnya program ini memberikan pengalaman yang sangat berharga buat kami semua serta membawa seribu keceriaan di hati komuniti PPTP, Sungai Udang, Melaka. Besar harapan kami agar program seperti ini dikembangkan lagi dengan pelbagai program yang bermanfaat agar ukhuwah yang dibina, dipupuk dan kekal selamanya, bukan sekadar kisah klasik untuk dikenang.
Disediakan oleh: Nurul Safwanah Binti Muhammad Saleh dan Puan Tuty Bin Kamis