Politeknik Melaka, 4 April 2023 – Puspanita Politeknik Melaka (PMK) telah menganjurkan Program Orked Pendamai Mata yang mana ianya merupakan satu projek peningkatan kemahiran keusahawanan dan kreativiti di kalangan staf wanita di PMK. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan semenjak ianya dihebahkan. Penyertaan yang memerlukan bayaran sebagai yuran tidak menjadi satu keberatan kepada mereka memandangkan kemahiran yang diperolehi sepanjang program adalah amat bermakna sekali.

 

Dalam kesibukan harian atas tuntutan kerja, kadang-kala menimbulkan rasa tekanan dan bosan bersama kerja yang saban masa sentiasa bertambah. Oleh itu, program sebegini diperlukan bagi mendapatkan kehidupan yang seimbang dan sebagai wanita, kemahiran kreativiti seperti ini amat diminati sekali. Tidak hanya tertumpu kepada kemahiran yang diperolehi, para peserta juga dapat membawa pulang hasil kerja masing-masing mengikut bayaran pakej yang telah dibuat.

Program yang diadakan bersempena Syawal yang bakal menjelang ini diharapkan dapat membawa kebaikan seterusnya bekalan untuk peserta mencambah kreativiti mereka dengan menghasilkan sendiri gubahan orked di rumah masing-masing.