5 April 2023, PMK – Satu delegasi dari University of Cyberjaya telah mengadakan satu lawatan kunjung hormat ke Politeknik Melaka. Delegasi diketuai oleh Pengurus Bahagian Pengambilan Pelajar, University of Cyberjaya dan 2 orang Eksekutif Kaunselor Pendidikan. University of Cyberjaya berhasrat untuk bekerjasama dengan Politeknik Melaka dalam beberapa program seperti program kerjaya, lawatan ke fakulti, penajaan dan sebagainya dalam usaha untuk memajukan institusi pendidikan khususnya insitusi TVET Malaysia disamping mempromosikan Univerisity Cyberjaya kepada pelajar PMK. Perbincangan dipengerusikan oleh Sr. Hj. Razali dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah II, Ketua Jabatan Perdagangan, Ketua Program, Ketua Unit dan pegawai terlibat. Diharapkan dengan lawatan kunjung hormat ini dapat mencapai kata sepakat dalam menjalinkan hubungan kolaborasi antara Univerisity of Cyberjaya dan Politeknik Melaka.