30 Mac 2023, POLITEKNIK MELAKA -
Sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, PTPTN Negeri Melaka telah mengadakan Program Imarah Ramadhan PTPTN (IMRAN) 2023 dengan kerjasama Politeknik Melaka dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini telah berlangsung di Perkarangan Parkir Kereta, Politeknik Melaka bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Program gotong-royong memasak bubur lambuk ini melibatkan kakitangan PTPTN seramai 23 orang & seluruh warga Politeknik Melaka bermula dari penyediaan memasak dan seterusnya pengagihan bubur lambuk kepada pelajar, kakitangan Politeknik Melaka dan masyarakat setempat. Sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk telah berjaya dihasilkan.

Program melalui tanggungjawab social korporat (CSR) ini telah berjaya mencapai objektif dan matlamat untuk menyantuni IPT, pelajar dan komuniti setempat. Selain daripada menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dengan konsep saling membantu dan berkongsi rezeki, program ini juga dapat mengeratkan ukhuwah silaturahim PTPTN bersama pelajar dan kakitangan Politeknik Melaka serta komuniti setempat.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Sr. Hj. Razali bin Johari, Pengarah Politeknik Melaka yang telah menyempurnakan program ini serta sumbangan bantuan kepada pelajar ASNAF seramai 10 orang dan diakhiri dengan sesi bergambar.
#PTPTNPrihatin #KamiKongsiKamiBantu