LAWATAN PENANDAARAS PEMBIMBING RAKAN SISWA SEBAGAI STRATEGI PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN
Penanda aras merupakan proses berterusan untuk mengenalpasti dan mempelajari amalan terbaik daripada Politeknik yang lain. Bagi meningkatkan motivasi pelajar, atas inisiatif Unit Psikologi dan Pembimbing Rakan Siswa (PMK) telah menjadikan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam (PSIS) sebagai Lawatan tanda aras PRS. Lawatan ini telah diadakan pada 21 Mac 2023 yang disertai seramai 40 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring dari Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar. Antara objektif program ini adalah perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Sultan Idris Shah. Lawatan ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu yang baharu dan terkini dari program yang telah dijalankan serta mekanisme bagi membuka minda yang sihat antara Pembimbing Rakan Siswa yang terlibat untuk lebih bersemangat dalam meningkatkan personaliti dan sahsiah Pembimbing Rakan Siswa. Selain itu, tayangan video korporat, carta organisasi serta program yang lepas turut dikongsikan dalam slot pengenalan. Kemudian, Slot Dialog Bersama Majlis Tertinggi membicarakan hala tuju Pembimbing Rakan Siswa dan diakhiri dengan sesi soal jawab . Sebagai penutup, Energizer PRS PMK dan PRS PSIS turut dipersembahkan bagi meraikan jalinan keakraban.Hasil daripada lawatan penandaarasan ini diharap dapat memberikan manfaat serta meningkatkan motivasi kepada ahli PRS.
Disediakan Oleh;
Unit Psikologi
Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka