KAUNSELING KELOMPOK, SOKONGAN RAKAN, KAWALAN KENDIRI DAN PAPARAN VISUALISASI MENYUMBANG KE ARAH KEJAYAAN SISWA SISWI POLITEKNIK MELAKA.
Pada 9 Mac 2023 yang lepas, Unit Psikologi dan Pembimbing Rakan Siswa telah mengadakan Program Sasaran Kejayaan di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka (DSG). Peserta yang menyertai program ini seramai 93 peserta dalam kalangan Jabatan yang diwajibkan untuk menghadiri ke program ini. Program ini telah berlangsung bermula pukul 8:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran dan belajar untuk mengawal pemikiran luaran dari bertindak di luar dari kawalan yang sebenar. Program ini telah dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka Puan Zeyana binti Abdullah. Program diteruskan dengan penyampaian motivasi oleh Pegawai Psikologi serta diikuti dengan sesi kaunseling kelompok untuk meneroka masalah masing-masing dan untuk mencapai sasaran pada semester ini. Peserta dibahagikan kepada sepuluh (10) kumpulan dan mereka bekerjasama menyertai Sesi Kaunseling Kelompok yang dikendalikan oleh fasilitator Ahli Pembimbing Rakan Siswa yang telah dipilih untuk membantu peserta. Hasil dari sesi kelompok, kebanyakan peserta dilihat telah bekerjasama dan bersatu memberikan penyelesaian bagi mengatasi kekurangan diri dalam mensasarkan kejayaan diri pelajar.
Pengisian kelompok kali ini bertujuan memberi kesedaran peserta kepada perkara-perkara yang membataskan perkembangan mereka untuk berjaya. Peserta diminta untuk menyenaraikan perkara yang menghalang dan cara mengatasi halangan tersebut menerusi minda separa sedar. Peserta diajar untuk mencari kebolehan diri masing-masing dan berazam untuk mengubah apa yang kepada positif. Selain itu, aktiviti brainwriting turut dijalankan bagi pelajar menulis impian dan kehendak mereka yang diterjemahkan melalui penulisan di sticker notes maing masing. Pelajar turut berkongsi brainwriting mereka bersama dengan rakan lain. Selesai sahaja aktiviti, program diteruskan dengan selingan energizer daripada Pembimbing Rakan Siswa untuk menceriakan lagi suasana program dan semasa sesi ini dijalankan para pelajar kelihatan lebih bersemangat dan gembira ketika beraksi. Di akhir program, peserta diminta untuk membuat visualisasi dengan meletakkan sasaran kejayaan buat mereka. Secara keseluruhan, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan diharapkan mereka bakal mencapai kejayaan selepas ini.
Laporan disediakan oleh,
Unit Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka