PROGRAM A DAY TO PARLIAMENT
22 MAC 2023- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka telah menganjurkan Program A Day to Parliament di Malaysia Parliament House, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Seramai 30 orang barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bertujuan agar para pelajar dapat mengenali parlimen Malaysia dengan lebih terperinci yang diiringi oleh Encik Abdul Jameel Bin Abdul Jabbar sebagai Setiausaha Sulit Kanan dan Counselor Abdul Rafi’ Muiz . Selain itu, beberapa pelajar dapat memasuki Dewan Negara dan menyaksikan sesi perbahasan yang sedang berlangsung. Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada YB Senator Dato' Seri Dr. Hj Mohamad Ali Bin Hj Mohamad selaku Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Parlimen Malaysia yang telah sudi menerima kehadiran kami dan sekaligus memberi kata-kata semangat kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Program ini dapat melahirkan pelajar yang cinta akan negara serta dapat mendalami ilmu tentang Parlimen di Malaysia.
Diharapkan Program A Day to Parliament ini dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pentadbiran negara, mengangkat Rukunegara sebagai tunjang negara. Sehubungan dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan lebih cakna tentang situasi politik Malaysia pada hari ini dan mengetahui ilmu perbahasan dengan lebih mendalam.