13 Mac 2023 – UNITEN Kajang. Seramai 13 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terlibat dalam penandarasan di Kolej Kejuruteraan , Universiti Tenaga Nasional. Kami disambut Dekan Kolej Kejuruteraan ,Prof Ir Dr Izham bin Zainal Abidin dan rakan sejawat. Dalam ucapan ringkas beliau , UNITEN bukan sahaja menitikberatkan akademik para pelajar, tapi pembinaan sahsiah dan jatidiri juga menjadi keutamaan bagi menghasilkan graduan yang bersedia memasuki dunia lebih mencabar.

Aturcara pada hari itu diteruskan dengan Sesi perkongsian oleh Dr Zeti Akma Razali selaku Ketua Jabatan , Engineering Foundation & Diploma Studies. Beliau berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan hasil dari proses auditing oleh ETAC yang telah mereka lalui.

Sebagai penutup acara, kami dibawa melawat fasiliti dibawah Kolej Kejuruteraan.