8 Mac 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Melaka Bil 1/2023 dan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaaan kepada Ahli JK Penasihat PMK  telah diadakan di Bilik Persidangan Politeknik Melaka pada 8 Mac 2023. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Rosthman bin Ibrahim dan dihadiri 9 ahli jawatankuasa penasihat industri PMK. Ahli jawatankuasa yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai peringkat atasan di dalam sesebuah syarikat atau agensi yang berpengalaman. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi dan diteruskan dengan majlis penyerahan sijil penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr. Arshad bin Kassim sebagai Ahli JK Penasihat PMK untuk tahun 2021 hingga 2022. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan sijil pelantikan sebagai Pengerusi baharu JK Penasihat PMK iaitu kepada YBhg. Dato’ Rosthman bin Ibrahim. Usai penyerahan sijil, majlis diteruskan dengan simbolik penyerahan sumbangan 10 buah komputer riba dari pihak Honda Malaysia Sdn Bhd  kepada pihak PMK.  Sumbangan ini membuktikan pihak industri dan korporat sentiasa menunjukkan keperihatinan dalam merasai denyut nadi pelajar yang kurang berkemampuan. Adalah diharapkan mesyuarat yang diadakan ini dimanfaatkan untuk perkongsani idea dan buah fikiran bagi memperbaiki mutu pembelajaran pelajar, kebolehpasaran graduan politeknik, dan kebolehdapatan kerja graduan Politeknik Melaka selari dengan Revolusi Industri 4.0.