Program Pasca Banjir ‘Sukarelawan PMK Cakna Pasca Banjir Melaka’
(Ditulis Oleh : Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff)
Melaka,7 Mac 2023, Selasa. Program Pasca Banjir ‘Sukarelawan PMK Cakna Pasca Banjir Melaka’ merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Unit Sukarelawan Politeknik Melaka (PMK) dan MUAFAKAT PMK untuk membantu golongan mangsa banjir dalam kalangan komuniti di negeri Melaka. Khususnya di Sekolah Sri Al Munawwarah Durian Tunggal, Melaka. Program ini melibatkan 12 kakitangan PMK, dan 10 pelajar dari Jabatan kejuruteraan Awam (JKA) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Semua yang terpilih bertindak sebagai sukarelawan khusus dalam kerja pembersihan di sekitar kawasan Sekolah Sri Al- Munawwarah Durian Tunggal, Melaka. Program pasca banjir ini bertujuan untuk membantu kerja pembersihan sekitar kawasan sekolah yang terlibat dengan bencana banjir. Program ini bermula jam 2.30 petang hingga jam 6.00 petang dengan jayanya. Semua sukarelawan dan guru sekolah kelihatan gembira berganding bahu dengan bantuan yang diberikan bagi semua kerja pembersihan tersebut. Sehubungan dengan itu, diharapkan program pasca banjir ini menjadi pencetus kepada pihak luar yang lain untuk turun padang sama-sama bagi meringankan beban mangsa banjir.