25 Februari 2023 (Sabtu) Politeknik Melaka telah berjaya menyertai program HARMONI Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023. Program ini telah diadakan di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka yang melibatkan penglibatan pelbagai pihak dan aktiviti bertemakan keharmonian pelbagai agama sedunia. Ianya telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka iaitu Puan Intan Suhana Binti Yusuff. Penyertaan 12 pelajar dan 4 pensyarah telah berjaya membantu kejayaan program. Politeknik Melaka telah berjaya menjalankan aktivti mengecat siling Blok E oleh 10 pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) semester 4 dan 5. Aktiviti perasmian juga telah di melibatkan 2 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Semester 4, sebagai pembaca doa dan ikrar yang mewakili Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Program ini telah memberi impak yang tinggi ke atas semua sukarelawan yang terlibat dalam mensyukuri semua nikmat kehidupan yang ada dalam sebuah negara berkonsepkan “Madani”.