KEM KEPIMPINAN MPP & PERSATUAN PELAJAR SESI II 2022/2023
24-26 FEBRUARI 2023- Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka kali ke-33 telah diadakan di D’QNUT Chalet, Kuala Sungai Baru, Melaka selama 3 hari 2 malam dengan peserta seramai 31 orang yang terdiri daripada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka, Pengerusi Jabatan dan Pengerusi Kelab.
Kem ini diadakan bertujuan untuk menerapkan nilai ciri-ciri kepimpinan di kalangan barisan pemimpin pelajar serta meningkatkan lagi sifat amanah, bertanggungjawab, disiplin serta dedikasi dalam menjalankan tugas.
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antaranya adalah :
1) Know Your Enemy
2) Trust Your Partner
3) Trust Yourself
4) Menara Gemilang
5) Trust Your Leader
6) Public Speaking
Terima kasih diucapkan kepada fasilitator terlibat yang terdiri daripada mantan Majlis Tertinggi MPP juga alumni Politeknik Melaka. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Ketua Unit Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar serta para penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka yang telah menyokong penganjuran kem ini.
Timbalan Pengarah II Politeknik Melaka, Ts Abdul Halim bin Mahat hadir menyokong kem kepimpinan ini sekaligus merasmikan Majlis Penutup Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar kali ke-33. Beliau menyatakan bahawa:
1) Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) perlulah mempunyai ciri-ciri pemimpin untuk kepimpinan generasi akan datang.
2) Barisan MPP juga merupakan platform kepada pelajar Politeknik Melaka menyuarakan permasalahan mereka untuk dibawa ke pihak pengurusan.
3) Majlis Perwakilan Pelajar juga perlu mempromosikan pelbagai aktiviti yang dijalankan supaya dapat menarik minat generasi anak muda untuk menyambung pengajian di Politeknik Melaka.
Amatlah diharapkan agar kem ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara semua barisan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka sekaligus meningkatkan karisma kepimpinan masing - masing. Semoga kem sebegini juga dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya pemimpin berkaliber dapat terus dilahirkan dan diasah dengan jayanya.