PILIHAN RAYA KAMPUS 2023
22 Februari 2023 (Rabu) - Politeknik Melaka telah mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) anjuran Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP). Program ini telah berlangsung di Pusat Pelajar (Pelajar Jabatan Perdagangan) dan Bengkel Geoteknik Politeknik Melaka (Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) & Kejuruteraan Mekanikal).
Penglibatan pelajar terdiri daripada 786 orang dari setiap jabatan dan sebanyak 93.52% pengundi berjaya mengundi pada hari tersebut. Peratus pengundi terbanyak adalah dari Jabatan Kejuruteraan Elektronik (Kawalan).
Keputusan Pilihanraya Kampus diumumkan pada jam 4 petang bertempat di Dewan Serbaguna (DSG) Politeknik Melaka. Pelaksanaan Pilihanraya ini adalah satu platform untuk mencari pelajar yang berkelayakan dan berciri pemimpin untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar Politeknik Melaka yang turun mengundi pada hari tersebut.
Besar harapan kami agar semua peserta meluaskan horizon ilmu daripada PRK ini. Selain itu,kami juga berharap agar warga Politeknik Melaka menyertai pelbagai dan menyokong program yang akan diadakan pada masa akan datang.