

22 Feb Pertandingan Hirozon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) 2023 merupakan platform pertandingan peringkat dalaman bagi memilih 2 kumpulan yang akan mewakili PMK ke pertandingan HBKIK anjuran JPPKK tahun 2023. Sebanyak 4 kumpulan masing-masing mempunyai 6 orang ahli terdiri daripada kumpulan dari Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Produk inovasi yang diketengahkan dalam pertandingan kali ini melibatkan 3 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dan 1 Inovasi Sosial. Bagi memastikan hasil aktiviti KIK dapat dimanfaatkan, setiap kumpulan perlu sentiasa menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA). Sebagaimana peruntukan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2016, Konvensyen HBKIK kini menumpukan kepada oucome dan impak sesuatu produk yang dapat memperkasakan budaya kerja secara inovatif dan kreatif di kalangan penjawat awam.Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.
Akses pantas borang, direktori dan prosedur rasmi.
12 PerkhidmatanSistem pengurusan maklumat, pembelajaran dan kemudahan pelajar.
13 Perkhidmatan/ RujukanAplikasi dan portal pengurusan dalaman Politeknik Melaka.
Sistem DalamanPautan terus ke sistem utama agensi kerajaan dan kementerian.
Sistem LuaranPautan rasmi kementerian dan badan berkanun.
Agensi BerkaitanKalendar akademik dan aktiviti tahunan PMK.
2 PautanKoleksi buletin, digest dan buku konvokesyen.
5 Penerbitan