Oleh: HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

Jumaat, 17 Feb 2023, Politeknik Melaka - Jumaat, 17 Feb 2023 telah berlangsung dengan jayanya Program Aspirasi DKM Sesi 2 2022:2023 di Dewan Serbaguna. Antara pengisian ialah Taklimat Disiplin oleh Dr Kannan dan Taklimat Penasihat Akademik oleh En. Muhadir. Program diteruskan lagi dengan LDK bertajuk "Who am I?" bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar DKM. Pelajar turut diberi penerangan mengenai beberapa peraturan baru berkaitan Peperiksaan yang akan berkuatkuasa semester ini. Akhir sekali pelajar diberikan santapan rohani bagi mengingatkan mereka tujuan sebenarnya mereka hidup didunia. Semuga sesi ini bertambah gemilang buat pelajar DKM.