21 Feb 2023 (Selasa) - Puan Munirah binti Abd Rahim selaku Penyelaras Bimbingan Kerjaya Jabatan (PBKJ) telah melaksanakan satu program iaitu Taklimat Kerjaya Kompetensi OSH-Coordinator (OSH-C) di Bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Malaysia. Program ini anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam dengan anjuran bersama CISEC dan semua Jabatan Akademik Politeknik Melaka iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP).

 

Program dimulai dengan taklimat dari Puan Reni Suriani binti Hashim, Pegawai Kerjaya PMK yang bertajuk 7 Perkara Yang Menghalang Diri Dari Mencapai Matlamat Hidup.

 Taklimat kemudian diteruskan oleh En Shahid dari XP Technic Solutions. 

Untuk penutup, telah disempurnakan oleh Puan Zaihan, Ketua CISEC. Syabas dah tahniah kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan diri dan kepada penganjur program dan j/k yang terlibat.