08 Feb 2023 (Rabu) - Perbincangan antara CISEC iaitu Puan Reni Suriani binti Hashim (Pegawai Kerjaya) dan En Sahzali bin Ramli (Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri) bersama wakil industri UTAC Manufacturing Services Malaysia Sdn Bhd iaitu En Hasarus Zulhusni Bin Hassan - Human Resource Senior Executive dan Cik Shahida Binti Lemat - Human Resource Executive berlansung dengan jayanya.
 
Perbincangan berkisar tentang penempatan latihan industri dan perkembangan kerjaya pelajar. Pihak UTAC bersedia memberi CSR seperti taklimat sebelum menghadiri temuduga secara percuma. Pihak UTAC juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan lebih serius bersama PMK di masa akan datang.
 
Semoga akan ada kerjasama yang baik antara kedua pihak.