Oleh: HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

3 hb Febuari 2023, Flashpoint Paintball Melaka di Bukit Katil - Pada 3 hb Febuari 2023, bertempat di Flashpoint Paintball Melaka di Bukit Katil, warga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berkampung untuk program Memperkasa Tenaga Kerja JKM. Antara pengisian sepanjang program adalah Urus Stress Cipta Sukses , Cipta Keseronokan Bekerja dan Refleksi Diri. Acara kemuncak pada hari itu ialah acara berpasukan melalui sukan Paintball dikalangan warga JKM. Semuga hasil dari program ini akan memberi semangat dan iltizam baru dikalangan warga JKM.