15 Feb 2023, La Crista Hotel Melaka - Pengarah Politeknik Melaka Sr. Hj Razali bin Johari dan deligasi telah membuat Lawatan Kunjung Hormat berjumpa YBhg. Dato’ Rosthman Ibrahim Managing Director La Crista Hotel. Dalam kunjung hormat tersebut Pengarah PMK telah menyatakan hasrat besar PMK untuk menjadikan YBhg. Dato' sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) dan CEO PolyCc Politeknik Melaka. YBhg. Dato' Rosthman Ibrahim telah berbesar hati untuk menerima hasrat besar PMK. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato kerana merealisasikan hasrat PMK. Semoga agenda JPI dan lantikan CEO PolyCc dapat meningkatkan kualiti perkongsian pengetahuan dan kemahiran di antara industri -akademia bagi melahirkan graduan holistik dan seimbang sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan. Selain itu, semoga lantikan ini dapat membantu memperluas jaringan kolaborasi antara industri-akademia dan dapat diterjemahkan dalam lakaran kejayaan PMK di masa akan datang.