Politeknik Melaka, 13 Januari 2023 – Seramai 36 orang pelajar Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)(DJK), Jabatan Kejuruteraan Elektrik diiringi 4 orang pensyarah telah tiba di perkarangan Kilang Yakult, Seremban seawal jam 10pagi. Setibanya, rombongan dibawa masuk ke dalam dewan untuk diberikan taklimat sebelum  melawat ke pelan pemprosesan minuman susu kultur yakult.

 

Objektif utama program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang aplikasi pengukuran di kilang makanan termasuklah aras, suhu, tekanan dan aliran proses di industri yang dipelajari dalam kursus Process Measurement. Selain itu, para pelajar dapat mengintegrasikan pengetahuan teori terus kepada praktikal dan juga dapat melihat peralatan sebenar yang digunapakai di industri serta sistem yang digunakan terutama melibatkan kursus PLC yang dipelajari oleh pelajar semester 4.

 

Pendedahan awal pelajar kepada industri menerusi lawatan ini menjadikan mereka sangat teruja apabila dapat melihat terus keadaan pelan sebenar dan situasi yang berbeza yang tidak tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Lantaran, ianya juga dapat memberi idea para pelajar ke arah latihan industri dan alam kerjaya yang bakal mereka tempuhi kelak.