LAWATAN KERJASAMA JMSK KE PASTEM,UMT
Oleh: Pn.Shahida Nordin
8-9 Februari 2023, PASTEM UMT - Program lawatan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertujuan mengadakan perbincangan kerjasama antara Jabatan Matematik, Sains dan Komputer(JMSK), Politeknik Melaka (PMK) dan Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT dalam usaha mencapai kesepakatan aktiviti kolaborasi antara kedua-dua pihak.Program ini telah dihadiri oleh 11 orang pensyarah dari JMSK termasuk Ketua Jabatan JMSK, Pn. Hawa Binti Bentong manakala PASTEM diwakili oleh Pn. Nurul Syahida Binti Abu Bakar bersama 5 orang staf akademik yang lain. Antara perkara kolaborasi yang diharapkan bersama UMT adalah seperti kerjasama penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan, latihan kecekapan pengajaran dan pembelajaran serta program mentor dan mentee PASTEM. Perbincangan mendapat persetujuan kedua-dua pihak dengan memfokuskan kepada kerjasama dalam membangunkan modul STEM dan kit pengajaran STEM. Semoga usaha jabatan dalam pelaksanaan program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada pensyarah, para pelajar dan masyarakat serta dapat mengeratkan lagi jalinan hubungan antara PMK dan PASTEM, UMT.