6 Feb 2023, Sg. Udang Melaka- Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah mengadakan lawatan perbincangan kolaborasi di Khidmat Jaya Ent Sdn Bhd di Sg. Udang, Melaka. Lawatan dihadiri oleh Wakil Ketua Jabatan, Pn Azhanie binti Omar, Pegawai Kolaborasi PMK dan Penyelaras Kolaborasi Jabatan. Perbincangan diadakan di bilik mesyuarat bersama Pengarah Khidmat Jaya iaitu En. Mohd Suffian Ngoh bin Abdullah dan 2 pengurusan tertinggi syarikat beliau. Perbincangan mendapat persetujuan kedua-dua pihak dengan memfokuskan kepada kerjasama percetakan, penempatan latihan industri pelajar, dan kursus kemahiran asas komputer kepada staf Khidmat Jaya. Semoga hubungan kolaborasi ini dapat dimeterai dan dijayakan pada tahun ini.