Oleh: Siti Harni binti Zainal, dan Norzainariah binti Hassan (JKA)



Jumaat, 3 Februari 2023 - Program CSR anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam yang melibatkan staf dan pelajar Semester 1 Jabatan Kejuruteraan Awam Sesi 2:2022/2023 telah dijalankan di Pusat Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Padang Kemunting Masjid Tanah, Melaka.

   


  Program ini bertujuan untuk mempromosikan Politeknik Melaka sebagai IPTA yang unggul berasaskan TVET dalam kalangan komuniti setempat. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung seperti membersihkan kolam penyu dan kawasan pengeraman penyu, menggali lubang pengeraman telur penyu, mengeluarkan telur penyu yang telah tamat tempoh penetasan dan melepaskan anak penyu yang baru menetas ke laut.

         

Pasukan 1: Membersihkan kolam penyu

 

       

Pasukan 2: Menggali lubang pengeraman telur penyu, mengeluarkan telur penyu yang telah tamat tempoh penetasan

 

    


Selain itu, satu sesi taklimat dari pihak Pusat Pusat Konservasi & Penerangan Penyu turut diadakan dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari peserta.


Program ditutup dengan upacara penyampaian cenderahati dari kedua pihak Politeknik Melaka dan Pusat Pusat Konservasi & Penerangan Penyu. Pelaksanaan program ini diharapkan memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat diteruskan pada masa akan datang.