Eratkan Ukhwah, Kukuhkan Jalinan : Staf Jabatan Kejuruteraan Awam PMK dalam program Team Building di Resort Agrofarmstay, Durian Tunggal.
Oleh: Siti Harni binti Zainal, dan Norzainariah binti Hassan (JKA)
Rabu, 1 Februari 2023 - Satu program Team Building untuk staf Jabatan Kejuruteraan Awam telah diadakan bertempat di Agrofarmstay, Durian Tunggal Melaka. Semua staf Jabatan Kejuruteraan Awam turut serta dalam program tersebut. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Aktiviti Staf JKA bersama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Melaka. Objektif program ini adalah untuk memupuk sikap kerjasama antara staf serta merapatkan silaturrahim sesama mereka.
Team 1: Team "Kebaboom"
Team 2: Team "Purple Rangers"
Team 3: Team "CORR"
Team 4: Team "Jiwa Muda"
Antara pengisian aktiviti dalam program ini adalah seperti Sukaneka dan Treasure Hunt yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman yang terdiri daripada staf Agrofarmstay sendiri.
Acara Sukaneka:
1. CARI GETAH DALAM TEPUNG
2. ISI AIR DALAM BOTOL: Peserta fokus mengisi air dalam botol dengan berhati-hati
3. BOLA PINGPONG DALAM SUDU: Ketua Pasukan berbincang strategi dan teknik untuk memenangi acara
4. TIMANG SAYANG
TREASURE HUNT
PENYAMPAIAN HADIAH DAN SESI BERGAMBAR
Dalam ucapan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Encik Anuar bin Ismail menekankan bahawa momentum dan kerjasama dalam kalangan staf hendaklah dikekalkan bagi memastikan kelancaran segala aktiviti yang pada masa hadapan. Program team building yang diadakan ini telah mengukuhkan ikatan ukhwah di kalangan staf JKA sekaligus membentuk jati diri dalam menggembleng tenaga untuk melaksanakan dan menjayakan aktiviti jabatan.
JUARA KESELURUHAN: TEAM CORR
NAIB JUARA : TEAM "JIWA MUDA"
TEMPAT KE-3 : TEAM "PURPLE RANGERS"
TEMPAT KE-4 : TEAM "KEBABOOM"