19 Januari 2023 – Kursus ePerolehan (Modul Pembelian Terus) telah diadakan di Makmal Komputer eLearning Politeknik Melaka.  Encik Mohd Khaironnie Ng bin Mohd Raisman Ng, Pegawai CDC Zon Selatan Commerce Dot Com Sdn Bhd dilantik selaku penceramah bagi kursus tersebut. Kursus ini dihadiri seramai 80 orang peserta terdiri daripada pegawai perolehan, pegawai penerima dan pegawai pelulus.

   

Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai tatacara perolehan kerajaan menggunakan Sistem ePerolehan(Modul Pembelian Terus). Semua pegawai perolehan hendaklah memastikan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding dilaksanakan melalui Sistem eP secara menyeluruh. Perolehan ini termasuk yang menggunakan peruntukan Belanja Mengurus, Belanja Pembangunan, Akaun Amanah dan dana lain sama ada peruntukan Kerajaan Persekutuan tersebut adalah sebahagian atau sepenuhnya.  Oleh itu, perancangan perolehan dan perbelanjaan tahunan bagi perolehan bekalan, perkhidmatan termasuk perunding dan kerja perlu dirancang sebelum perolehan dilaksanakan.