BENGKEL PEMURNIAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) JABATAN PERDAGANGAN, POLITEKNIK MELAKA
25 Januari 2023 (Rabu) – Satu bengkel pemantapan kemahiran staf Jabatan Perdagangan (JP) telah dilaksanakan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari segi pembinaan item berdasarkan silibus kursus masing-masing. Pembangunan latihan staf adalah merupakan faktor penting dalam memastikan kecekapan organisasi. Selain mencapai sasaran organisasi bagi membentuk staf yang berkompetensi dari segi pengetahuan dan kemahiran, ia juga dapat membantu membentuk pelajar secara tidak langsung dalam proses PdP kelak.
Bengkel ini membantu staf memurnikan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sedia ada dengan baik dan mengubahsuai soalan penilaian berterusan untuk digunakan semester ini, bagi Sesi II 2022/2023. Dua objektif utama bengkel ini ialah memperkayakan bakat iaitu melahirkan staf yang efektif melalui program pembangunan bakat jangka panjang yang komprehensif. Ia adalah berdasarkan pematuhan keperluan Malaysian Quality Assurance (MQA) dalam menyediakan soalan penilaian berterusan. Objektif lain ialah meningkatkan pemahaman cara dan kaedah dalam membina JSU yang baik dan jelas.
Seramai 25 orang staf telah hadir termasuk seorang dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang terlibat dalam proses PdP. Penceramah ialah Pn. Ati Arini binti Salim, Pensyarah Utama DH52 dari Politeknik Port Dickson telah berkongsi pandangan dan ilmu bagi menjayakan bengkel ini. Sesi bengkel ini meliputi konsep domain psikomotor, pembinaan JSU yang baik dan penyelarasan dan penambahbaik rubrik pemarkahan.
Disediakan oleh : Mohd Fauzi Abu Bakar, Penyelaras ULPL JP, PMK