27 JAN 2023 - Kursus Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan telah diadadakan di Dewan Serbaguna (DSG) Politeknik Melaka yang lalu anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL).  Puan Norlelah binti Mahat  dari Unit Kewangan telah dilantik sebagai penceramah bagi kursus ini. Kursus kali ini menekankan perkara berkaitan pengurusan kewangan proses dimana kerajaan menggunakan langkah-langkah tertentu bagi memperolehi dan memperuntukkan sumber-sumber kewangan berdasarkan keutamaan-keutamaan tertentu.  Pengurusan kewangan yang mematuhi cara-cara dan kawalan-kawalan tertentu supaya dapat mencapai matlamatnya dengan cekap dan berkesan. 

Pendedahan pengurusan kewangan juga in dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan serta membantu pegawai dan organisasi membuat keputusan tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran pengurusan terhadap sumber manusia/ wang awam/ aset awam yang diselia. Antara objektib kursus adalah untuk memberi   pendedahan   dan   menambah   pengetahuan   serta   kefahaman mengenai pengurusan kewangan secara menyeluruh, meningkatkan   kefahaman   dan   kemahiran   dalam   proses   dan   prosedur pengurusan kewangan serta memberi kesedaran kepada pegawai awam mengenai pentingnya penglibatan dalam pengurusan kewangan di Jabatan, sektor dan unit masing-masing.

Sekian.