SARAPAN PERCUMA WARGA PMK PRIHATIN
Pada tanggal 25 & 28 NOVEMBER 2022 - 2 DISEMBER 2022 - Telah berlangsungnya Agihan Sarapan Percuma Warga PMK Prihatin yang telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka bertempat di pintu masuk & keluar Politeknik Melaka.
Agihan makanan sebanyak 140 bungkus sarapan setiap hari selama satu minggu seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi lemak bersama air kotak telah diberikan kepada para siswa siswi serta warga Politeknik Melaka bermula jam 7.45 pagi sehingga 9.00 pagi. Program ini bertujuan memberikan Warga Politeknik Melaka sarapan pagi secara percuma supaya amalan bersarapan dapat diterapkan sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Hal ini dapat membantu pelajar lebih fokus dan bertenaga untuk menimba ilmu setiap hari. Agihan ini juga bertujuan menekankan betapa pentingnya penjagaan kesihatan bermula dengan sarapan yang bernutrisi dan lengkap.
Program ini disambut baik oleh semua warga Politeknik Melaka dan diharapkan program seperti ini dapat dilangsungkan lagi pada masa akan datang.