29 NOVEMBER 2022 - Telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana yang dianjurkan oleh Exco Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka yang bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka.

Pelajar semester 5 daripada 4 Jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan telah turut serta memeriahkan lagi Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat Perdana ini. Majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan dan memudahkan urusan pelajar Politeknik Melaka menjelang peperiksaan akhir yang akan tiba tidak lama lagi.

Selain itu, majlis ini dapat melahirkan pelajar Politeknik Melaka yang seimbang dalam semua aspek seperti intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Ini juga akan mendidik pelajar untuk memantapkan iman dan sentiasa bermuhasabah diri.

Kami berharap agar semua pelajar Politeknik Melaka dapat menduduki peperiksaan akhir pada bulan Disember ini dengan mudah dan lancar.