MAJLIS ANNUAL GRAND MEETING PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) DAN PELANTIKAN WATIKAH BARISAN MAJLIS TERTINGGI BAHARU POLITEKNIK MELAKA.
Pada 2 Disember 2022, Unit Psikologi dan Pembimbing Rakan Siswa telah mengadakan Majlis Annual Grand Meeting dan Pelantikan Watikah Barisan Majlis Tertinggi dan ahli PRS baharu di Dewan Serba Guna, Politeknik Melaka. Majlis yang julung kali diadakan melibatkan seramai 48 ahli PRS dalam kalangan pelajar Jabatan yang diwajibkan menghadiri majlis ini. Majlis berlangsung pada pukul 8.30 pagi yang dihadiri oleh Tetamu Kehormat Sr. Haji Razali Bin Johari, Pengarah Politeknik Melaka dan Puan Zeyana binti Abdullah, selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) beserta Ketua-ketua Jabatan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Sr. Haji Razali bin Johari, Pengarah Politeknik Melaka dengan ucapan penuh pengisian kepada barisan Majlis Tertinggi dan ahli PRS agar memberikan role model yang terbaik kepada rakan lain dalam membantu rakan yang memerlukan bantuan emosi atau psikologi. Intipati padat yang diselitkan dengan kata-kata nasihat menunjukkan akan keprihatinan peringkat pengurusan terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar melalui ejen sosial yang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka (PRSPMK). Secara tidak langsung, Pembimbing Rakan Siswa adalah perantara penting dalam meningkatkan kesejahteraan diri pelajar Politeknik Melaka.
Majlis diteruskan dengan tayangan montaj Carta Organisasi PRS dan pembentangan laporan aktiviti tahunan PRS 2021/2022. Seterusnya, majlis pembubaran barisan Majlis Tertinggi oleh barisan Majlis Tertinggi sesi lepas dengan memberi laluan kepada ahli baharu. Majlis Watikah Lantikan Baharu PRS turut disempurnakan dengan jayanya dengan melantik Barisan Majlis Tertinggi dan bacaan ikrar yang diketuai oleh Nik Muhammad Firdaus bin Nik Mohd Sabri sebagai Pengerusi PRS. Majlis turut melantik Nur Qistina Aishah binti Abd Ghaffar dan Kishenraj a/l Rajendran sebagai Timbalan Pengarah (I) dan (II). Majlis turut mengucapkan terima kasih atas amanah yang digalas dengan baik oleh Mantan Majlis Tertinggi yang yang diterajui oleh Muhammad Afii Haidil bin Masri (Pengerusi), Muhammad Faizullah bin Abdullah (TPI) dan Ili Mastura binti Shamsudin (TPII). Pengisian majlis ini turut dimeriahkan dengan penyampaian Kategori Anugerah Pengarah Program Terbaik, Anugerah PRS Berbakat dan Anugerah PRS Harapan yang disampaikan oleh Pengarah Politeknik Melaka bagi menghargai ahli PRS yang memberikan sepenuh kerjasama serta menunjukkan personaliti yang cemerlang sepanjang program. Kategori Anugerah Pengarah Program Terbaik diberikan kepada Muhammad Afii Haidil bin Masri, Anugerah PRS Berbakat kepada Nik Muhammad Firdaus bin Nik Mohd Sabri manakala Anugerah Harapan Lelaki dirangkul oleh Kishenraj a/l Rajendran dan Mitchellerayin Anniethasia Isabel Tieo Anak Raymond Ungah. Akhir sekali, majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Politeknik Melaka dengan memberikan cenderahati tanda penghargaan yang diberikan sepanjang program PRS diadakan.
Laporan disediakan oleh,
Unit Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka.