Batu Berendam, 1 DIS 2022 – Seramai 19 peserta telah menghadiri Klinik Badminton yang telah diadakan pada 1 Disember 2022 bertempat di Bilik Seminar, Politeknik Melaka dan Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka. Kursus anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ini telah dilatih oleh Encik M Chandran A/L Maruthan yang merupakan salah seorang Pengadil perlawanan di peringkat antarabangsa.

 

     

         

 

     

     

Program klinik badminton merupakan program asas atau pengenalan sukan badminton yang akan mendedahkan sistem permainan yang betul selain menanam minat dan seterusnya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini hingga ke peringkat akar umbi. Klinik Badminton diadakan adalah untuk meningkatkan penglibatan staf terhadap aktiviti luar pejabat. Pembelajaran yang seimbang perlu menyeluruh dan merangkumi aktiviti psikomotor. Justeru itu, aktiviti seumpama ini adalah salah satu peluang bagi staf mengembangkan bakat dan minat terhadap permainan badminton. aktiviti ini telah memberi pendedahan kepada staf selain dapat menimba pengalaman dan meningkatkan motivasi staf semasa mengikuti program. Program ini juga adalah kesinambungan daripada program Klinik Badminton yang telah dijalankan pada sebelumnya.  Sekian.