PROGRAM CABARAN SIMULASI PERNIAGAAN UNI-CHALLENGE 2022 POLITEKNIK MELAKA
SELASA, 29 November 2022 - Program Uni-Challenge 2022 merupakan sebuah program kolaborasi Bersama antara Politeknik Melaka dan Perbadanan Usahawanan Nasional Berhad (PUNB) yang dirangka bagi tujuan membudayakan keusahawanan pelajar sekaligus pembangunan inovasi produk dan pembentangan produk dan meningkatkan kefahaman, penghayatan serta keyakinan dalam memperkenalkan produk pelajar. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang penguasaan inovasi dalam penghasilan, perkembangan dan perniagaan produk, informasi berkaitan business pitching, serta mempertandingkan penguasaan ilmu business pitching dan inovasi produk.
Program ini telah bermula dari 29 Ogos dan pertandingan akhir telah dijalankan pada 29 November 2022. Pertandingan ini telah mendapat dana tajaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebanyak RM5000 dan tabung Jabatan Perdagangan RM1000. Sebelas (11) kumpualan telah berentap dalam pertandingan akhir ini dengan dijurikan oleh Puan Norhazreen Abdul Ghani, Ketua Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan (Ibu Pejabat PUNB), Encik Mohd.Asyraf, Ketua Pejabat PUNB Cawangan Melaka dan Dr.Azilahwati Adam, Politeknik Melaka.
Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan - Infinity Dolce La Dias dengan memenangi RM1200, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Mentai & Croffle dengan hadiah sebanyak RM800, tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan D’Tasty Dessert dengan hadiah sebanyak RM600, manakala 8 group lagi telah memenangi hadiah saguhati dengan masing-masing menerima sebanyak RM300. Terdapat 4 anugerah khas yang turut diberikan di mana masing-masing menerima sebanyak RM250. Anugerah tersebut adalah Anugerah Produk Berpotensi ( Kumpulan Mencroffus), Anugerah Pilihan Juri ( Kumpulan Sandwichify), Anugerah Pemerkasaan Jenama (Kumpulan Perfume Dolce La Dias) dan Anugerah Produk Inovasi (Kumpulan Wow Heritage).
Adalah diharapkan agar program ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman kepada pelajar dan mentor dalam melaksanakan inovasi dan business pitching mereka. Hasil daripada program ini dijangka akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan mentor dalam membantu meningkatkan jualan produk pada masa akan datang, juga kolaborasi bersama PUNB ini dapat berterusan.
Sumber: Puan Zaihasra binti Rukiman.