19 & 20 Oktober 2022 – Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama Unit Latihan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Kemahiran TVET KPT di Sekolah Menengah Tahfiz Al_Quran, Chenderah, Jasin, Melaka.

Program telah berlansung selama 2 hari. Dua program telah dijalankan serentak iaitu Program Asas Kemahiran Innovator Fibreglass dan Program Pengenalan Asas Robot.

Program Asas Kemahiran Innovator Fibreglass telah dihadiri oleh 70 orang pelajar Tahfiz.  Ceramah telah diberikan oleh Encik Ismail bin Mohd Litak dan Encik Ahmad Fariz bin Fauzi; dibantu oleh fasilitator program, Encik Zulhelmi bin Amran. Sepanjang program, pelajar telah diberi pendedahan dengan asas pembuatan fiberglass. Fibreglass merupakan kemahiran teknikal yang mampu menjana pendapatan seperti penghasilan tangka air hidroponik, cenderahati, bot, kerusi dan pelbagai lagi.

Manakala, Program Pengenalan Robot telah dihadiri oleh 60 orang pelajar Tahfiz. Pelajar telah diberikan pendedahan tentang rekabentuk robot dan konsep pengaturcaraan ringkas serta penghasilan robot dengan kawalan jarak jauh. Di akhir program, pelajar tahfiz telah berjaya menghasilkan kereta mainan kawalan jauh.

Program yang dijalankan telah berjalan dengan lancar. Semua pelajar tahfiz telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam program yang telah dihadiri. Adalah diharapkan, program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang disamping mempromosi Politeknik Melaka amnya dan khususnya Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) kepada pelajar Tahfiz.

 

 

Penulis: Asiah binti Ab Wahid, JawatanKuasa Pelaporan @ TVET KPT, JKE