Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di bawah Exco Kebajikan & Sosial bersama-sama Kelab Gerakan Pengguna Siswa PMK telah mengadakan Program Lawatan Rumah Luar Siswa Siswi Politeknik Melaka.

Lawatan tersebut telah diadakan pada 6 Oktober 2022,13 Oktober 2022, 3 November 2022 dan 10 November 2022. Program ini dilaksanakan bagi memantau keadaan & kebajikan siswa siswi yang menghuni rumah sewa sekitar Politeknik Melaka. Di samping menerima kunjungan lawatan, siswa siswi juga turut menerima sumbangan makanan & barangan keperluan harian.

Kunjungan wakil MPP diiringi Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah mendapat sambutan baik dalam kalangan siswa dan siswi yang terlibat. Menerusi lawatan ini juga, pihak JHEPP dapat mengenali pemilik rumah sewa di sekitar Politeknik Melaka.

Tahniah kepada Pengarah Program di bawah Exco Kebajikan & Sosial, MPP kerana telah dapat menjayakan program ini.