Editor: HISHAMUDDIN SHAH BIN IBRAHIM

11 November 2022- Setahun telah berlalu, sejak kursus mula dijalankan buat pertama kali sebelum ini, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terus mengorak langkah dalam rangka promosi bagi melaksanakan Kursus Mate Domestik <500GT. Sesi promosi ini disertai oleh Timbalan Pengarah II Ts. Abd Halim bin Mahat, KJJKM En Hishamuddin Shah dan Hj. Mohd Ismail b Mohamad Litak. 2 badan yang sempat disantuni ialah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Jabatan Perikanan Melaka. Hasil perbincangan dalam ziarah tersebut dapat memahami masalah di kalangan komuniti dan juga membuka lebih banyak peluang dan ruang bagi menarik lebih ramai penyertaan kursus ini dimasa akan datang.