29 OCT 2022-   Satu majlis pelancaran TVET negeri Melaka & Karnival TVET telah diadakan di MITC, Melaka.  Projek bernama “Hybrid Digital Trainer” yang merupakan hasil inovasi daripada 4 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) iaitu Cik Lee Moi Fong, Dr.Rosnani Binti Affandi, Pn. Tok Chon Bee dan M. Chandaran A/L Maruthan telah mewakili JKE untuk menyertai pameran tersebut. Program ini telah melibatkan semua institusi TVET di negeri Melaka.Inovasi yang dipamerkan tersebut telah berjaya menarik minat dari Ketua Menteri Melaka dan para pengunjung.