PROGRAM KEMAHIRAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN TVET KPT DI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ ULUL ALBAB, MASJID TANAH, MELAKA ANJURAN JKE & ULPL

 

 27 & 28 Oktober 2022 – Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama Unit Latihan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Kemahiran TVET KPT di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah, Melaka.

Dua program yang diadakan adalah Program Pendawaian Satu Fasa & Keselamatan Elektrik dan Program Keusahawanan Percetakan Rubber Stamp & Digital Marketing.  Program-program ini dijalankan secara serentak selama dua hari.

Program Pendawaian Satu Fasa & Keselamatan Elektrik telah dihadiri sebanyak 60 orang pelajar Tahfiz. Penceramah bagi program ini adalah Ts. Mohamad Afdzam Bin Rahim dan Ts. Rajandran A/L Morthui. Manakala fasilitator terdiri daripada En. Zulhelmi Bin Amran dan dibantu oleh 3 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Muhammad Ikhwan Asmawi, Muhammad Idham Bin Idrus dan Ahmad Salehin Bin Mazlan. Impak bagi  program  ini adalah ia dapar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendawaian serta memberi kesedaran keselamatan elektrik di kalangan pelajar Tahfiz.

Di samping itu, Program Keusahawanan Percetakan Rubber Stamp & Digital Marketing telah dihadiri oleh 60 orang pelajar Tahfiz.  Sepanjang program ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan percetakan Rubber Stamp dan Digital Marketing yang semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Program-program yang dijalankan telah berjalan dengan lancar. Semua pelajar tahfiz telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam program yang telah dihadiri. Adalah diharapkan, program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di samping mempromosi TVET dan Politeknik Melaka amnya dan Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) khususnya kepada pelajar Tahfiz.

Penulis: Lian Ai Chen, JawatanKuasa Pelaporan @ TVET KPT, JKE