Majlis Penutup dan penjurian Competition of Potential and Excellence Entrepeneurship (COMPETE’22)
3 Nov 2022 – Pada 18 hingga 20 Oktober yang lalu, telah diadakan Majlis Penutup dan penjurian Competition of Potential and Excellence Entrepeneurship (COMPETE’22) di Amari Hotel, Johor Bahru. Pertandingan di sertai oleh 141 peserta dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi termasuk university awam. Peserta dari Politeknik Melaka telah diwakili oleh Neswerna A/P Parthepan dari DAT5C dengan menyediakan perkhidmatan tarian dan “surprise delivery” sempena hari keraian dan majlis keramaian.
Para peserta telah dijemput menghadiri “booth camp” yang diadakan pada 23 hingga 25 Ogos 2022 di Bangi Golf Resort, Bangi bagi memilih 100 peserta terbaik. Mereka perlu membuat jualan dalam tempoh dua bulan iaitu dari 26 Ogos hingga 15 Oktober 2022 dan akhirnya 100 peserta yang dipilih perlu membuat “business pitching” buat kali terakhir dihadapan para juri. Para juri terdiri dari pelbagai agensi kerajaan seperti MARA, SME Corp, PUNB dan syarikat swasta.
Pelbagai produk telah dipamer dan di bentangkan dihadapan juri untuk penilaian dan akhirnya hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mewakili Menteri Pengajian Tinggi. Antara kategori hadiah yang disampaikan adalah “Business Report Award”, “Sales Achievement Award”, Business Growth Award” dan “Pitching Award”.
Walaupun Neswerna tidak berjaya menjadi pemenang namun, beliau berjaya menempatkan diri di kedudukan ke 28 terbaik daripada 100 orang peserta yang bertanding untuk melayakkan beliau mendapat “silver”.
Diharapkan, lebih ramai pelajar Politeknik Melaka dapat menyertai pertandingan seperti ini bagi membuka lebih banyak peluang ilmu pengetahuan dan rakan kenalan berkaitan perniagaan didalam kampus.
Sumber: Shahrulnizam Bakar (Mentor COMPETE’22)