BENGKEL PENULISAN ILMIAH PROJEK PELAJAR UNTUK PENERBITAN JOURNAL ENGINEERING AND SCIENCE SOCIAL (JESSc) POLITEKNIK MELAKA
Pada 2 November 2022 bertempat di Makmal e-Learning PMK, Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan Politeknik Melaka telah menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah Projek Pelajar Untuk Penerbitan Journal Engineering And Science Social (JESSc). Objektif pertandingan ini adalah untuk membimbing pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) dalam menghasilkan kertas ilmiah dari laporan akhir pelajar dan menerbitkan kertas penulisan projek pelajar di dalam Jurnal JESSc Politetnik Melaka. Seramai 25 orang pelajar yang menghadiri bengkel ini. Fasilitator yang terlibat adalah Dr. Rosnani, Dr. Kannan, Dr. Azilahwati, Dr. Erita Mazwin & Dr. Azlan. Bengkel ini bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang
Diharapkan para pelajar dapat mempraktikan ilmu –ilmu dan juga input-input yang dikongsi kan oleh para fasilitator dan diguna sebaik mungkin untuk menghasilkan jurnal yang menarik. 3 Jurnal yang terbaik akan dipilih dan diumumkan ketika Program Innovation Competition, Conference & Career Exhibition (i3Ce) yang akan berlangsung pada 29 November 2022. Syabas diucapkan kepada urusetia dan juga peserta.