PROGRAM KEMAHIRAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN TVET KPT FASA 2 BAGI PELAJAR TAHFIZ
Telah berlangsung program Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran TVET KPT Fasa 2 Bagi Pelajar Tahfiz pada 27-28 Oktober 2022. Seramai 60 orang pelajar tahfiz mendapat manfaat dari sesi perkongsian yang dijalankan ini. Para pelajar tahfiz telah menunjukkan minat yang sangat tinggi sepanjang perjalanan program ini berlangsung. Program ini dibangunkan untuk melengkapkan individu dengan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar Tahfiz dari aspek teknologi yang selari dengan keperluan industri, kemahiran Kimpalan dan membaiki motorsikal akan membentuk individu berkebolehan menguasai pasaran keusahawanan dan pekerjaan di industri. Program ini juga mendedahkan kepentingan untuk mengimpal dikalangan peserta. Pelajar Tahfiz juga akan diberikan pendedahan berkaitan teknologi-teknologi yang terkini mengimpal dan membaiki motorsikal. Penekanan modul teori dan amali selaras dengan teknologi terkini industri pengimpalan, memberi pendedahan secara praktikal dalam mengimpal besi, rod, kaedah pemeriksaan dan pengesanan masalah secara amali dan membuat projek dalam kimpalan selari dengan perubahan teknologi kimpalan di pasaran. Begitu juga menyelenggara motorsikal, Justeru program ini dilaksanakan untuk memberi persediaan kepada peserta untuk mengimpal dan membaiki motorsikal supaya kemahiran yang dipelajari dapat digunakan dalam kehidupan dan peserta dapat menjadikan sumber kewangan selain dari pengajian di Tahfiz.