31 Okt 2022 (Isnin) – Pihak Jabatan Perdagangan (JP) di bawah kelolaan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah menganjurkan bengkel latihan TVET pada 15 Oktober 2022. Program ini melibatkan 20 orang peserta daripada Madrasah Darul Ulum Al-Islamiyyah, Pulau Gadong Melaka. Aktiviti yang dijalankan menerapkan kemahiran penggunaan Ms Word dan Excel agar menjadi lebih baik dan cekap. Hasil latihan memerlukan peserta menyediakan format resume, sijil, rekabentuk borang dan draf rekod kewangan. Penceramah program ini ialah En. Muhammad Zaki bin Abd. Muluk dan En. Mohd Norulhisyam bin Hassan.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan agar program dan pendedahan seperti ini dapat diberikan kepada komuniti dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

Sumber : Mohd Fauzi bin Abu Bakar, ULPL JP