25 OKTOBER 2022 -  telah selesai pemasangan dan sesi ujilari semua peralatan di TECC 2.0 2 PMK seperti yang telah dirancang. Sebagai pengetahuan TECC 2.0 2 ini merupakan TECC 2.0 yang kedua di Politeknik Melaka. Kemudahan pembelajaran interaktif yang ada di TECC 2.0 2 adalah sama dengan TECC 2.0 1 sedia ada yang terletak di tingkat 2 di atas Jabatan Pengajian Am. TECC 2.0 2 terletak di Bilik Kuliah 11 dan Bilik Kuliah 12.

 

Antara kemudahan yang terdapat di TECC 2.0 2 adalah seperti ergonomic discussion set, sound system yang dilengkapi dengan cordless microphone, ultrashort throw projector, document visualizer dan banyak lagi kemudahan yang boleh digunakan untuk memberi pengalaman pembelajaran interaktif kepada para pelajar. 

Pengarah PMK, Sr. Hj Razali bin Johari sempat meluangkan masa meninjau kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di TECC 2.0 2 dan sekaligus menandatangani dokumen perolehan peralatan bilik tersebut. Semoga dengan penyediaan kemudahan interaktif ini dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik dan seronok.