27.10.2022, KHAMIS: ACCOUNTING FIRM@POLIMELAKA berjaya dinobatkan sebagai JUARA dalam PERTANDINGAN VIDEO BUSINESS PITCHING ZON MELAKA & NEGERI SEMBILAN 2022 bagi kategori Produk /Perkhidmatan Harapan. Video ini dihasilkan oleh pelajar Diploma Akauntansi, Nur Afifah Binti Suadi, Nuralin Sufia Binti Mohd Nazir, Khairul Anam Bin Mohammad dan Haanushia Ravindran bersama mentor mereka, Puan Noor Azira Sawal dari Jabatan Perdagangan.

Video tersebut mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Inkubator ACCOUNTING FIRM@POLIMELAKA di bawah Unit Keusahawanan, Politeknik Melaka yang merangkumi Khidmat Perakaunan, Khidmat Nasihat, Urusniaga dan Percukaian.

Pertandingan Video Business Pitching ini merupakan program anjuran Kolej Komuniti Rembau. Pertandingan ini telah berlangsung daripada 26 Ogos 2022 sehingga 18 September 2022.

Sebanyak 15 penyertaan diterima dari Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Melaka dan Negeri Sembilan dan sesi penjurian telah berlangsung pada 21-27 September 2022 oleh panel juri yang terdiri daripada para Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

TAHNIAH kepada semua pemenang dan TERUS MAJU JAYA!

Sumber: Noor Azira binti Sawal