18 Oktober 2022, Politeknik Melaka – Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka telah mengadakan program Politeknik Melaka Berselawat Sempena Maulidur Rasul 2022

Seramai 466 jumlah pelajar, orang awam dan pensyarah telah terlibat untuk sama-sama meraikan program tersebut. Program ini juga telah menjemput penceramah Encik Asyraf Hakimi bin Abdul Jalil sebagai penceramah yang membawa tajuk Rasulullah Uswah Hasanah Umat Islam.Seterusnya, ada perarakan daripada pelajar Politeknik Melaka yang diketuai oleh Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka. Selain daripada itu, terdapat juga persembahan Qasidah mangalunkan selawat Rasulullah SAW daripada pelajar Ma'had Tahfiz Kasyful-Ulum Melaka dan persembahan nasyid daripada pelajar Politeknik Melaka.

Ts Abdul Halim bin Mahat, Timbalan Pengarah Politeknik Melaka juga turut hadir dan memberi ucapan aluan Program Politeknik Melaka Berselawat Sempena Maulidur Rasul 2022. Program ini bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal serta perjuangan Baginda untuk agama Islam berkembang megah hingga ke pelosok dunia hingga hari ini.