MAJLIS PENGAGIHAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
17 Oktober 2022 – Majlis Pengagihan Tablet Perantisiswa Keluarga Malaysia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Bersama Kementerian Pengajian Tinggi kepada seramai 573 penerima yang terdiri daripada pelajar Politeknik Melaka telah berjalan dengan lancar dan penuh jayanya.
Program tablet perantisiswa Keluarga Malaysia ini merupakan satu inisiatif Kerajaan bertujuan untuk membantu penuntut/ mahasiswa B40 sepenuh masa untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiari.
Adalah diharapkan dengan pengagihan kepada mahasiswa Politeknik Melaka dapat memanfaatkan sepenuhnya usaha kerajaan bagi membantu mahasiswa sentiasa selesa untuk belajar dan terus terpelihara.