6 Oktober 2022 - Politeknik Merlimau bersama Bahagian Ambilan Pembangunan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti kali ke-9 yang berlangsung di Politeknik Merlimau

Penglibatan peserta terdiri daripada 22 Politeknik dan Kolej Komuniti.

Politeknik Melaka menghantar seramai 8 orang pendebat dan 2 orang pemidato. Semangat juang yang ditonjolkan amat besar dan tinggi bagi menjulang nama Politeknik Melaka.

Pendebat PMK A :

  1. Nur Aidilia Maisara binti Rodi Darwadi – Jabatan Perdagangan
  2. Unesh A/L Ramesh – Jabatan Perdagangan
  3. Siti Hafiqah binti Kamsani – Jabatan Kejuruteraan Awam
  4. Mohd Faris Firdaus bin Lamid – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Pendebat PMK B :

  1. Siti Syamimi binti Khairulakman – Jabatan Pedagangan
  2. Nurul Filzah Izlyn binti Zaidi – Jabatan Perdagangan
  3. Alia Shafiyyah binti Ahmad Rustam – Jabatan Perdagangan
  4. Siti Maisarah binti Abdul Hamid – Jabatan Perdagangan

Pemidato :

  1. Ahmad Nur Shauqie bin Ahmad Fazil – Jabatan Kejuruteraan Awam
  2. Nurulain Batrisya binti HAfizan – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Tujuan Pertandingan Debat dan Pidato Bahasa Melayu ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat pelajar di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Pelaksanaan pertandingan ini memberi peluang untuk mencari pelajar yang berbakat dalam seni perdebatan serta pidato sekaligus melahirkan pelapis-pelapis yang akan mewakili Politeknik Malaysia dalam seni perdebatan dan pidato.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti kali ke-9.