10 Oktober 2022 - Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka kali ke-31 telah diadakan di Kem Tasik Biru Jasin, Melaka selama 3 hari 2 malam bermula 7 Oktober hingga 9 Oktober 2022 dengan peserta seramai 37 orang yang terdiri daripada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka, Pengerusi Jabatan dan Presiden Kelab. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan lagi sifat amanah, bertanggungjawab, disiplin serta dedikasi dalam menjalankan tugas.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antaranya adalah :

1) Water Confidence

2) Water Rescue

3) Night Walk

4) Kayak

5) Jungle Tracking

6) Survival

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kem Komandan dan staf-staf yang terlibat. Sekalung penghargaan juga kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Ketua Unit Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar serta para penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka yang telah menyokong penganjuran kem ini. Amatlah diharapkan agar kem ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara semua barisan ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dan barisan kepimpinan Kelab & Persatuan pelajar sekaligus meningkatkan karisma kepimpinan masing - masing. Semoga kem sebegini juga dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya pemimpin berkaliber dapat terus dilahirkan dan diasah.