Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

13 Oktober 2022 - Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka telah berjaya menganjurkan Program Tahsin Al Quran yang bertempat di Surau Ar Raudhah, Politeknik Melaka.

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al Quran pelajar -pelajar yang mengambil Kursus Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam khususnya dalam menghadapi penilaian tunjukcara mereka. Selain itu juga, ia sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan kemahiran membaca Al Quran dengan tajwid yang betul dalam kalangan pelajar-pelajar Politeknik Melaka disamping dapat menerapkan nilai- nilai positif dalam diri para pelajar seperti semangat sentiasa berusaha, kepimpinan dan sebagainya.

Pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan dan telah diselia bacaan Al Quran mereka oleh dua orang fasilitator dalam kalangan pensyarah Jabatan Pengajian Am. Pelajar juga telah melaksanakan praktikal solat berjemaah di surau tersebut. Program ini telah melibatkan seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 5 yang mengambil Kursus Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam bagi sesi 1 2022/2023 ini.

                     

                                                                        

  

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas